SELAMAT DATANG...

ASSALAMUALAIKUM..." SETIAP DOA ITU BEKAL..DOA ITU SENJATA.MENGAPA HARUS LALAI UTK MEMINTA?JANGAN SOMBONG DENGAN KHALIQ...KERANA DIA LAH YG AMAT MENGETAHUI APA YG DIPERLUKAN OLEH HAMBANYA..SESUNGGUHNYA APA YG DIBERI OLEH ALLAH ADALAH LEBIH BANYAK BERBANDING APA YG DIPINTA..."

Islamic Clock

Sabtu, 14 Januari 2012

DOA KESELAMATAN KELUARGA DARI DIROMPAK SERTA DOA PAGAR KAWASAN RUMAH.

Doa Keselamatan Keluarga Dari Perompak...

Baca doa ini selalu selepas solat mohon dijauhkan dari sebarang musibah seperti perompak dan sebarang perkara buruk berlaku pada ahli keluarga.


Maksudnya:

"Kemudian apabila engkau dan orang-orang yang bersamamu telah berada di atas bahtera itu maka hendaklah engkau (bersyukur kepada Allah dengan) berkata: Segala puji tertentu bagi Allah yang telah menyelamatkan kami daripada orang-orang yang zalim." (Surah Al Mukminun: Ayat 28)

Doa Pagar Kawasan Rumah

Cara-caranya:

1. Hendaklah diamalkan sebanyak 7 kali setiap kali selepas solat fardhu atau sekurang-kurangnya 3 kali selama 7 hari berturut-turut.

2. Selesai amalan diatas hendaklah dibacakan di empat penjuru luar rumah sebanyak 7 kali setiap penjuru dan mengadap kiblat. Bagi rumah flat, baca dalam rumah ditiap-tiap penjuru. InsyaAllah dipelihara-Nya.

Ayat ini jika diamalkan selalu dapat mengelakkan bencana, gangguan sihir yang dihantar ke rumah dan mengelak dari niat jahat perompak.


Maksudnya:

8. Sesungguhnya Kami jadikan (kesombongan dan keengganan mereka tunduk kepada kebenaran sebagai) belenggu yang memberkas kedua tangan mereka ke batang leher mereka; (lebarnya belenggu itu) sampai (menongkatkan) dagu mereka lalu menjadilah mereka terdongak...
9. Dan Kami jadikan (sifat tamak dan gila mereka kepada harta benda dan pangkat itu sebagai) sekatan (yang menghalang mereka daripada memandang kepada keburukan dan kesingkatan masa dunia yang ada) di hadapan mereka dan sekatan (yang menghalang mereka daripada memikirkan azab yang ada) di belakang mereka (pada hari kiamat). lalu Kami tutup pandangan mereka; maka dengan itu, mereka tidak dapat melihat (jalan yang benar). (Surah Yasiin: Ayat 8 dan 9)

Jumaat, 13 Januari 2012

DOA BUAT IBU BAPA...

Doakan lah agar ibu bapa kita hidup bahagia didunia mahupun akhirat...
mereka ibarat permata berkilau...
pengorbanan mereka
tak dapat dijual beli dimana-manapun.....
ia tak dapat diwarisi..kerana ia tiada ditepian pantai....
mereka pemupuk kasih sayang...sejak kita dilahirkan...hingga lah dewasa...
Bila mereka masih hidup jangan sia-siakan kesempatan untuk
membuat hatinya gembira.... doakan agar mereka sentiasa dipanjangkan umur..
dimurahkan rezeki..
dan mampu tersenyum melihat kita menjadi anak yang soleh & solehah...
yang sentiasa mendoakan kesejahteraan hidup mereka...
Bila mereka telah tiada, jangan putuskan
tali silaturahim yang telah dirintisnya...
dan
doakanlah agar Allah selalu
menjaganya dengan sebaik-baiknya.
Amin

Ahad, 8 Januari 2012

INGINKU GAPAI IMPIAN

Ku ingin menjadi seorang hamba ALLAH yang solehah disisiNYA....
Ku ingin menjadi bidadari syurga...isteri solehah buat suami tersayang..
suamiku..bantulah daku menggapai impian ini..
ummi yang sejati buat anak2 ku..
anak yang solehah utk ibu tersayang,ibu&bapa mertua tercinta..
bantulah daku ibu2 & ayah mertuaku..
kakak yang terbaik untuk adik2 ku...
YA ALLAH..bimbinglah daku utk menggapai impian menjadi bidadari syurga...
Alhamdulillah, ALLAH SWT sentiasa memberi yang terbaik buat hamba hambaNYA termasuk jugalah diriku yang kerdil di sisiNYA.
Yang ku harapkan cuma diriku ini menjadi solehah di sisiNYA.
Aku tidak ingin sekali menjadi solehah di mata manusia...
Bagiku, manusia itu tidak punya hak untuk menilai kerana kita ini hamba yang lemah.....
Segala kekurangan dan kelebihan kita sendiri sudah membuktikan bahawa kita ini hak milik Pencipta yang agung....
cuma ku yakini setiap yang ALLAH syariatkan pasti ada hikmahnya..
betapa ALLAH amat menyayangi kaum wanita sehingga kita seperti minyak yang ditatang sepenuhnya...
bersyukurlah menjadi wanita muslimah...
ALHAMDULILLAH...
‎"4 GOLONGAN LELAKI YANG DITARIK WANITA KE NERAKA"

1. AYAHNYA..Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya didunia.
Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti Solat,mengaji dan sebagainya.
Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup Aurat.
Seorang ayah tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia saja maka dia akan ditarik oleh anaknya ke neraka.

2. SUAMINYA.. Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya.
Bergaul bebas ditempat kerja, berhias diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan Mahram, Apabila suami mendiamkan diri.. Walaupun dia seorang Alim (Solat tidak ditunda, puasa tidak ditinggal)maka dia akan ditarik oleh isterinya ke Neraka.

3. SAUDARA LELAKINYA (ABANGNYA.. Apabila ayahnya sudah tiada, tanggung jawab menjaga maruah wanita jatuh pada saudara Laki-lakinya (Abangnya).
Kalau mereka hanya pentingkan keluarganya saja dan adik perempuannya dibiarkan melencong dari ajaran Islam,Tunggulah tarikan adiknya ke Neraka.

4. ANAK LELAKINYA.. Bila mana tidak menasihati ibunya tentang kelakuan yang haram dari Islam,maka anak itu akan diminta dipertanggung Jawabkan di Akhirat Kelak...
Maka nantikanlah Tarikan Ibunya ke Neraka.

Betapa hebatnya tarikan wanita,bukan saja didunia bahkan di Akhirat.Tarikannya begitu kuat..Maka kaum lelaki yang bergelar Ayah, Suami, Abang lebih baiknya memainkan peranan yang sebenarnya.Seperti Firman ALLAH Subhanahu Wa Ta'aala :
LELAKI ITU PEMIMPIN ATAS WANITA (QS. An-Nisaa : 34)

Hai para Wanita kasihanilah ayah anda,suami anda, saudara lelaki anda serta anak-anak lelaki anda..Kasihanilah dirimu dengan Jalankan Perintah ALLAH Subhanahu Wa Ta'aala Untuk Para Muslimah

~ Semoga Hijab menjadi Pakaianmu
~ Semoga Kesucian menjadi Amalanmu
~ Semoga kesopanan menjadi Peribadimu.

Semoga bermanfaat untuk kita semua....wallahua'lam.