SELAMAT DATANG...

ASSALAMUALAIKUM..." SETIAP DOA ITU BEKAL..DOA ITU SENJATA.MENGAPA HARUS LALAI UTK MEMINTA?JANGAN SOMBONG DENGAN KHALIQ...KERANA DIA LAH YG AMAT MENGETAHUI APA YG DIPERLUKAN OLEH HAMBANYA..SESUNGGUHNYA APA YG DIBERI OLEH ALLAH ADALAH LEBIH BANYAK BERBANDING APA YG DIPINTA..."

Islamic Clock

Sabtu, 9 Jun 2012

SELAMAT PENGANTIN BARU ADIK....

Bertarikh 1hb 6 2012..adikku MOHD ANUAR & NORHIDAYAH disatukan..tahniah buat kamu berdua...2 kali jugak la Ma dapat menantu perempuan tahun ni...moga bahagia ke akhir hayat ..dimurahkan rezeki....pada tarikh ini jugak lah kakakmu ini tak dapat hadirkan diri dimajlis akad nikah & hari persandingan kalian...waktu ini jugaklah daku keguguran anak ketiga...sedih tidak terkira..majlis untuk meraikan pernikahan adik kusambut dengan penuh kesedihan...tidak dapat hadirkan diri kerana terpaksa dimasukkan wad disebabkan kguguran & terpaksa dimasukkan ke bilik pembedahan..

Ape pun..tahniah ye...walaupun daku tiada..majlis tetap dijalankan dengan lancar...semoga dikurniakan zuriat yang soleh & solehah...dimurahkan rezeki dan berbahagia ke akhir hayat....


senyuman bahagia saat sah diijabkabulkan...ALHAMDULILLAH...

Inilah gambar adik beradik saya...saya & Mohd Haniff je tiada..

Amboi...jeling2..apepun tahniah ye...
 Didedikasikan buat kalian berdua yer...semoga cepat2 dpt ank buah baru plak....hehehehe...


Isnin, 9 April 2012

RINDUNYA PADA SEBUAH KEHILANGAN....

ABAH.....
Terlalu bosan rasanya duduk membilang hari.....
Dah 13 belas tahun ABAH pergi tinggalkan kami,
9 adik beradik bersama seorang ibu yg cukup tabah hadapi cabaran hidup...
Rasanya baru semalam ABAH peluk kami kan..
ABAH tau tak..... kami masih rindukan pelukanmu...tiga belas tahun dulu
itu juga pelukan terakhir kalinya..sejuk syahdu masih terasa lagi nih....
eeemmm..bahagianya saat itu..
ABAH.....
Sabtu 10/04/1999, pergimu buat selama-lamanya..tinggalkan kami terkapai-kapai sendiri...tinggalkan anak2 abah..tinggalkan dunia fana ini... kami redha..kami pasrah dengan pemergianmu ke alam sana..ALLAH amat menyayangimu..
Anak2 ABAH inilah yang pangku saat jasadmu dimandikan....
ABAH tau tak betapa lembut nya kami mengosok seluruh tubuh ABAH.....
kami tak mahu ABAH merasa sedikitpun kesakitan
walaupun kami tahu hanya jasadmu yang sudah tidak bernyawa didepan kami...
Kami gosok kaki ABAH perlahan lahan..... airmata kami tak pernah berhenti mengalir..
Pakcik yang mandikan ABAH pujuk kami.....
" Dikk...jangan nangis...kalau sayang kat ABAH jangan buat
gitu...jangan nangis ya..redhakan pemergian dia..lau masih menangis..seksa dia nanti..."
kami cuba bertahan...memujuk diri sendiri tapi tak juga reda...
ABAH tau tak..lagi laju airmata ni..tapi kami kawal supaya airmata kami tdk menitis atas jasad ABAH....
Sebelum wajah ABAH ditutup buat selamanya....
Semua anak2 ABAH mengelilingi jasad ABAH...menatap wajah ABAH buat kali
terakhir....
Kami peluk ibu erat,sejuk tangan ibu kami genggam sewaktu ibu memberikan ciuman terakhir untuk ABAH..
Ibu perlukan semangat kami...perlukan belaian kami..
Semua orang kata wajah ABAH seolah2 tersenyum...
Masa tu kami sentuh dahi ABAH....
kami rasa sejukkkkkk sangat dahi ABAH.....
Kami tak mampu nak cium ABAH...kami tak daya....
Airmata kami tak boleh tahan....
ABAH.....
Hari2 kami lalui tanpa kewujudan ABAH lagi...
Begitu terasa kehilangan ABAH... rindunya pada sebuah kehilangan..
13 tahun berlalu pergi..kami sudah cukup dewasa..redha dgn pemergianmu..
Kami rasa nak telefon ABAH...
nak cakap dengan ABAH.... tp kami sedar abah dh takde didunia ini..
kami hanya ade seorang ibu yg cekal meniti usia tanpa abah disisi...
Disaat ini kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu
hati...rasa ngilu sangat....menusuk- nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni....
Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma...
hanya sedekah doa AL-FATIHAH&SURAH YASSIN yang mampu
kami berikan.....
ABAH....
WE LOVE YOU SO MUCH dan jutaan terima kasih kerana
membesarkan kami... menjadi insan yang sempurna..
walaupun tak sempat melihat kejayaan anak2mu...
ABAH tak sempat menatap cucu2 yg petah berbicara sehingga kami sebak & tak mampu dijawab ... "kenapa kakak tiada atuk...nape kakak ade nenek sorang je kat umah ni...
mana atuk kakak?
Buat adik2 ku...doakan agar roh arwah abah tenang&damai dialam sana...
ingatlah walaupun ABAH dh takde kat dunia ini..
kita tetap adik beradik sampai bila2..hormatlah sesama kita,ingat pesan arwah ABAH...
jadilah anak yang soleh & solehah dunia akhirat
doakan lah ibu kita dipanjangkan umur,bahagia selalu..
JANGAN sesekali sakiti hati ibu kita...

Sampai ke akhir hayat ini jasa ABAH tak akan mampu kami balas....
(AL-FATIHAH BUAT ARWAH FADZILAH SUHAIMI BIN YUSOF)
10 APRIL 1999

Didedikasikan buat adik2ku sayang Mohd Faisal, Mohd Haniff, Noraishah, Mohd Anuar, Mohd Husairi, Nor Faezah, Nor Hasniyah & Muhammad Hilmi..

Selasa, 3 April 2012

SELAMAT PENGANTIN BARU ADIKKU....

Assalamualaikum....selamat pengantin baru buat adik kedua ku..MOHD FAISAL & SITI SURYANA...semoga dipanjangkan umur...murah rezeki...dikurniakan zuriat yang soleh n solehah...semoga kebahagiaan milik kalian berdua hingga ke akhir hayat...kakakmu doakan yang terbaik buat kalian berdua....

Comel tak?ni lah adik2 saya....
Majlis bersanding di rumah suryana...
Majlis akad nikah di Masjid Ismaili,Tumpat..malu2 ye mereka ni...hehe..

senyum....tak perlu kata apa2.....cummilnyer......

                                                               

Selasa, 20 Mac 2012

ENAM PESANAN KHUSUS UNTUK WANITA

1. Jaga solat pada awal waktu. Kalau datang haid sekalipun jika tidak dapat solat, kena duduk atas tikar sembahyang supaya anak tidak lihat kita meninggalkan solat.

2. Hidupkan Bacaan Hadis Nabi s.a.w di rumah dengan keluarga. Dianjur baca Hadis Fadhilat Amal. Ini amalan sahabiah zaman Nabi s.a.w sehingga dari rumah kita keluar anak-anak yang soleh yang mendoakan kesejahteraan kedua ibubapa dunia akhirat.

3. Baca Al-Quran setiap hari walaupun hanya 8 ayat. Kalau tak mampu nak baca kerana terlalu sibuk, cukup dengan mencium Al-Quran dan muhasabah “Ya Allah, apa dosa saya hingga saya tak dapat nak baca kitab Mu pada hari ini”.

4. Mendidik anak secara islam. Mengajar anak-anak dari kecil bermula dengan doa-doa masnun, iaitu doa seharian Nabi s.a.w seperti doa tidur,bangun tidur, makan dan sebagainya.

5. Hidup sederhana dengan tidak membebankan suami. Setiap hari malaikat akan menghantar 500 jambangan bunga dari syurga untuk wanita yang hidup sederhana. Setiap titisan air masakan & basuhan mereka akan menjadi zikir mohon keampunan kepada Allah s.w.t atas wanita tersebut.

6. Galak suami untuk bermujahadah atas Agama Allah. Seorang isteri yang menggalakkan suami untuk solat berjemaah di Masjid / Surau akan dapat pahala berjemaah suaminya termasuk solat dia sendiri.

Mudah-mudahan ulasan ringkas ini bermanfaat. Muzakarahlah bersama teman2 wanita yg lain supaya hakikat amalan ini masuk dalam hati kita & mudah nak amalkan.

Dipetik dari: www.malaysiaria.ning.com

Rabu, 7 Mac 2012

♥ TIPS KECANTIKAN SEPANJANG ZAMAN ♥

1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah sekurang-kurangnya 5 kali sehari dengan air wuduk. Jangan dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, solat, berzikir, dan berdoa.

2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah ‘olahraga’. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita menggerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan zikir dan doa.

3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kama Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku) – (HR Ahmad) – Doa tengok cermin.

4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.

5. Agar tubuh langsing, mulus, dietlah dengan teratur, puasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika mampu, lakukan puasa Nabi Daud a.s. – selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air suam.

6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

Ahad, 4 Mac 2012


KELEBIHAN MEMBACA AYAT KURSI....


Rasulullah SAW bersabda "Sesiapa pulang ke rumahnya membaca ayat Kursi,Allah hilangkan segala kefakiran di depan mata.."

1) Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar.”

2) Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad.”

3) Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan.”

4) Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah.”

5) Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya.”

6) Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, insya Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar.”

7) Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin.”

8) Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.”

9.Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain.”

10) Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya.”

11) Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur, perbuatan-perbuatan orang yang benar, pahala Nabi-nabi, juga Allah melimpahkan padanya rahmat.”

12) Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.”

13) Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wa jalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.”

14) Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya.”

Sumber : http://www.one-ummah.net/

Isnin, 13 Februari 2012

DOA RAWATAN UNTUK DEMAM PANAS

Daripada hadis Nafi’ bin Jubir, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila salah seorang daripada anda demam, sesungguhnya demam itu adalah sebahagian daripada api neraka, hendaklah memadamkannya dengan air sejuk.Hendaklah berendam dalam sungai yang mengalir, mengadap aliran air selepas solat subuh dan sebelum naik matahari dan hendaklah membaca Basmalah. Hendaklah berendam selama tiga kali selama 3 hari. Jika tak sembuh cubalah sebanyak 5x,7x atau 9x. Sesungguhnya ia tidak akan melebihi daripada 9x InsyaAllah.

Rawatan jika anak demam panas melampau.

Langkah 1.
Sebelum itu bawa anak ke klinik yang berdekatan atau tampal dahulu dengan "coolfever". Jika tidak "jelum" kepalanya dengan tuala yang direndam dengan air. Air itu dimasuk sedikit asam jawa. Jelum sampai hilang panas dikepala.

Langkah 2. Bacakan doa-doa berikut:

a) Al-Fatihah (1x).
b). Ayat Kursi (1x).
c). Doa Demam Panas (3x). Dibaca pada air kosong dan diberi minum.


Maksudnya:

"Dengan nama Allah Yang Maha Besar, aku memohon perlindungan dengan Allah Yang Maha Agung daripada kejahatan urat dan kejahatan kepanasan api"

PESAN EMAK.......

Emak berpesan, jadilah anak yang dipandang mulia,
Ingat pesan emak, jagalah maruah diri, jangan dikhianati amanah Tuhan,

Ingat pesan emak, rambutmu adalah mahkota, jagalah ia, jika rambutmu didedahkan akibatnya diakhirat nanti rambutmu digantung otakmu menggelegak dijamah mentari rakus sejengkal di atas ubun-ubun..

Ingat pesan emak, jika emak sudah tiada ayahmu dijaga rapi, jangan disakiti hatinya. Ayahmu manja, cepat terasa, lagi-lagi pabila usia semakin tua..

Ingat pesan emak, dirimu wanita, banyak godaan, banyak cubaan..Bila menjadi isteri orang, hormati suami, jaga kehormatan diri dan juga suami..

Ingat pesan emak, taati suami, jaga peribadi, jaga budi pekerti..
Ingat pesan emak, sambutlah suami pulang dengan senyuman, bukan muncungan mulutmu, pakailah penuh seri, bibir bergincu, badanmu sentiasa wangi…dandani dirimu, perlengkapkan rumah dengan kemas dan rapi.

Ingat pesan emak, anak-anak adalah harta sampai mati..didik jangan dibiarkan sepi tanpa ayat-ayat suci Ilahi..basahi lidah mereka dengan kalam suci…

Ingat pesan emak, carilah ilmu sampai mati…ilmu duniawi dan ukhrawi…emak hanya mampu berpesan, emak bukan ilmuan…emak sayang kamu…emak tidak mahu kamu tandus kekeringan di dunia fana ini. Bercucuk tanamlah kelak kau dapat hasilnya. Dunia ialah kebun akhirat anakku.

Daripada Abi Ya’la Syaddad Bin Aus Radhiallahu ‘anhu daripada Rasulullah S.A.W sabdanya : “Orang yang cerdik ialah orang yang selalu memperhitungkan dirinya dan dia suka beramal untuk bekalan sesusah mati, sedangkan orang yang lemah (tidak cerdik) ialah orang yang selalu mengikutinya hawa nafsunya dan hanya banyak berangan-angan kepada Allah SWT (untuk mendapat kebahagian dan pengampunan daripadanya tanpa beramal soleh)
(Hadith riwayat Imam Al-Turmuzi)

» Bila mak kata dia teringat, kita jawab kita sibuk sangat.
» Bila ayah kata dia rindu, kita jawab nantilah hujung minggu.
» Bila mak minta kita pulang, kita jawab kita belum lapang.
» Bila ayah minta kita singgah, kita jawab kerja kita belum selesai.
» Bila hati kita terguris, kita kata “Mak memang tak pernah faham”.
» Bila hati kita terhiris, kita kata “Ayah memang tak ambil kisah”.

Tetapi

» Bila hati mak kita terguris, mak kata “Tak apa, dia masih muda”.
» Bila hati ayah kita terhiris, ayah kata “Tak apa, belum sampai akalnya”.
» Bila kita menagis tanda lapar, mak berlari bagai hilang kaki.
» Bila kita merintih tanda derita, ayah bersengkang mata bagaikan tiada lena.
» Bila kita sedih kerana gagal, mak setia membekalkan cekal.
» Bila kita pilu kerana kecewa, ayah teguh berkata dia tetap bangga.

“Ya-Allah, bahagiakanlah kedua ibu bapa kami sepertimana mereka telah membahagiakan kami suatu ketika dahulu. Amiin.”