SELAMAT DATANG...

ASSALAMUALAIKUM..." SETIAP DOA ITU BEKAL..DOA ITU SENJATA.MENGAPA HARUS LALAI UTK MEMINTA?JANGAN SOMBONG DENGAN KHALIQ...KERANA DIA LAH YG AMAT MENGETAHUI APA YG DIPERLUKAN OLEH HAMBANYA..SESUNGGUHNYA APA YG DIBERI OLEH ALLAH ADALAH LEBIH BANYAK BERBANDING APA YG DIPINTA..."

Islamic Clock

Isnin, 13 Februari 2012

DOA RAWATAN UNTUK DEMAM PANAS

Daripada hadis Nafi’ bin Jubir, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila salah seorang daripada anda demam, sesungguhnya demam itu adalah sebahagian daripada api neraka, hendaklah memadamkannya dengan air sejuk.Hendaklah berendam dalam sungai yang mengalir, mengadap aliran air selepas solat subuh dan sebelum naik matahari dan hendaklah membaca Basmalah. Hendaklah berendam selama tiga kali selama 3 hari. Jika tak sembuh cubalah sebanyak 5x,7x atau 9x. Sesungguhnya ia tidak akan melebihi daripada 9x InsyaAllah.

Rawatan jika anak demam panas melampau.

Langkah 1.
Sebelum itu bawa anak ke klinik yang berdekatan atau tampal dahulu dengan "coolfever". Jika tidak "jelum" kepalanya dengan tuala yang direndam dengan air. Air itu dimasuk sedikit asam jawa. Jelum sampai hilang panas dikepala.

Langkah 2. Bacakan doa-doa berikut:

a) Al-Fatihah (1x).
b). Ayat Kursi (1x).
c). Doa Demam Panas (3x). Dibaca pada air kosong dan diberi minum.


Maksudnya:

"Dengan nama Allah Yang Maha Besar, aku memohon perlindungan dengan Allah Yang Maha Agung daripada kejahatan urat dan kejahatan kepanasan api"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan