
Disini saya perkenalkan ape itu CLOTH DIAPER@CD….
1. APA ITU CD >>>cloth diaper/ lampin kain moden. Terdiri daripada Pocket Diaper & Insert …Ianya bukan satu perkara baru..kita dh mengenali lampin ni sejak ibu atau emak pakaikan pd kita sejak dulu2 lg..Cuma CD ni dah di upgrade dari segi fizikal…fungsinya tetap sama..
2. POCKET DIAPER >>>Lampin kain yg mempunyai poket untuk memasukkan insert/ soaker mengikut keperluan bayi. Terdiri dari 2 item, Outer Cover : PUL dan Inner Cover : Microfleece / Suede..saya gunakan utk amiruddin dr jenama Coolababy..
3. PUL >>> Singkatan daripada polyurethane laminate, sejenis fabrik yg digunakan sebagai lapisan paling luar (outer layer) dan bersifat kalis air untuk menghalang kebasahan dari dalam menembusi luar lampin.
4. FLEECE >>> Sejenis fabrik yg tebal, gebu dan lembut terletak di antara kulit bayi dan insert/ soaker. Fabrik ini membuatkan bayi rasa kering dan selesa.
5. INSERT/SOAKER >>> Penyerap kebasahan yg biasanya diperbuat drpd fabrik microfiber, digunakan bersama pocket diaper.
6. MICROFIBER >>> Diperbuat daripada 75% polyester 25% polyamide,. Ia memerangkap kelembapan diantara fiber dan menyerap 8x ganda drpd beratnya. Ringan dan nipis, Microfiber kering dengan mudah dan mendapat lebih serapan dengan penggunaan kerap. Elakkan menggunakan microfiber secara terus dgn kulit bayi kerana ia akan mengeringkan kulit bayi.
7. SAIZ >>> satu saiz je sbb saiz boleh diubah sama ada S / M / L dengan menggunakan snap button yg disediakan, boleh dipakai bayi dari lahir hingga 3 thn (3-15kg)….