SELAMAT DATANG...

ASSALAMUALAIKUM..." SETIAP DOA ITU BEKAL..DOA ITU SENJATA.MENGAPA HARUS LALAI UTK MEMINTA?JANGAN SOMBONG DENGAN KHALIQ...KERANA DIA LAH YG AMAT MENGETAHUI APA YG DIPERLUKAN OLEH HAMBANYA..SESUNGGUHNYA APA YG DIBERI OLEH ALLAH ADALAH LEBIH BANYAK BERBANDING APA YG DIPINTA..."

Islamic Clock

Sabtu, 4 Jun 2011

SELAMAT PENGANTIN BARU ADIKKU SAYANG...

Assalamualaikum...selamat pengantin baru adikku sayang Mohd Haniff & Nor Faizam..semoga dipanjangkan jodoh ke akhir hayat, dimurahkan rezeki..cepat2 dikurniakan zuriat yg soleh & solehah...moga kalian berdua sentiasa dirahmati oleh ALLAH SWT...bila 2 hati dah terjalin...selamatlah pengantin baru ku doakan..moga redha ALLAH bersinar selalu tanda bermula bahtera hidup...semoga bahagia selamanya...

Inilah adik saya yg ketiga...kawin awal sikt dari abangnyer...
Mohd Haniff & Nor Faizam...

Bergambar kenangan dengan keluarga ....



SYUKUR PADAMU YA ALLAH

Dgn nama Allah Yg Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Ya Allah,
Seandainya telah Engkau catatkan
dia milikku dan dia tercipta buatku…
Satukanlah hatinya dgn hatiku….
Titipkanlah kebahagiaan antara kami..
Agar kemesraan itu abadi…

Ya Allah
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihi..
Terima kasih menjodohkan kami
Syukur padamu Ya Allah..
Memanjangkan usia perkahwinan kami..
Seiringkanlah kami melayari hidup ini
ke tepian yang sejahtera dan abadi..
Agar kami sentiasa tenang menjaga hubungan ini..

Ya Allah yg Maha Mengerti,
Pasrahlah aku dgn takdirmu..
Sesungguhnya apa yg engkau takdirkan..
Adalah yg terbaik buatku..
Sesungguhnya engkau Maha Mengetahui..
Segala yg terbaik buat hambamu ini..

Ya Allah,
Cukuplah Engkau saja yg menjadi pemeliharaku,
Di dunia dan akhirat..
Dengarkanlah rintihan dari hambamu yg daif ini..
Jgnlah Engkau biarkan aku sendirian..
Di dunia ini mahupun di akhirat…
Agar aku dan dia sama2 dpt membina kesejahteraan hidup..
ke jalan yg Engkau redhai,
jadikan zuriat kami...
Ainul Mardhiah & Muhammad Amiruddin soleh dan solehah….

Ya Allah,
Berikanlah kami kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat,
Teguhkan hati kami…
Panjangkan jodoh kami buat selama-lamanya….
Dan peliharakanlah kami dari azab api neraka……

Amin…

(SELAMAT ULANGTAHUN PERKAHWINAN KE 6 BUATMU SUAMI TERSAYANG)
Azlie & Suraya…

Sabtu, 16 April 2011

SAYANG KAKAK...

Hebatnya wanita bernama Ainul Mardhiah..nama anak ummi pun Ainul Mardhiah..dh nak masuk 5thn dh....saya jatuh cinta pada nama ni bila first time dengar lagu kumpulan nasyid UNIC...sebab tu ummi bagi nama kakak ainul mardhiah..masa ummi mengandung dulu dah niat lau dapat anak perempuan,ummi nak bagi nama tu.hehe..Alhamdulillah,ummi dpt kakak..ummi suka sangat nama kakak ni..semoga Allah SWT kurniakan anugerah sehebat AINUL MARDHIAH..insyaALLAH..

Kakak,tau tak?ummi sayangkan kakak....adik amiruddin pn sama..abi pn sama..sayang semuanya..moga kita dapat menikmati hidup ini dengan penuh kasih sayang..amin...seindah hiasan adalah wanita solehah..yg akan membahagiakan dalam kehidupanmu sayang..menjadi cermin peribadi yang mulia pd adik amiruddin..insyALLAH..
Kisah Sejarah Ainul Mardhiah...( bidadari syurga)

Bidadari merupakan salah satu anugerah Allah kepada seorang lelaki yang memasuki syurga. Bagi seorang wanita yang solehah maka bidadari bagi suaminya adalah dikalangan bidadari2 kurniaan Allah dan dia (isteri solehah merupakan ketua kepada segala bidadari- bidadari).

Berjihad/berdakwah untuk agama Allah swt merupakan satu amalan yang akan menjadi kesukaan Allah swt dan ini merupakan sunnah besar nabi SAW dan kalangan sahabat-sahabat r.hum. Setiap manusia yang mati walaupun berapa umurnya maka akan ditanya dimanakah masa mudanya dihabiskan.

Rasulullah saw bersabda“Tidak akan berganjak kaki anak Adam di Hari Kiamat hingga disoal tentang empat perkara: tentang usianya pada apa dihabiskannya, tentang masa mudanya apa yang telah diperjuangkannya, tentang hartanya dari mana datangnya dan ke mana telah dibelanjakannya dan tentang ilmunya apa yang telah dibuatnya.”(Hadith sahih riwayat Tirmizi)

Ainul Mardhiah (bidadari untuk orang yang berjihad/berdakwah untuk agama Allah swt.)

Seakan-akan bidadari itu permata yakut dan marjan.
QS. ar-Rahman (55) : 58

Di dalam surga-surga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik.
QS. ar-Rahman (55) : 70

(Bidadari-bidadari) yang jelita, putih bersih dipingit dalam rumah.
QS. ar-Rahman (55) : 72

Mereka tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni surga yang menjadi suami mereka) dan tidak pula oleh jin.
QS. ar-Rahman (55) : 74

'Ainul Mardhiah merupakan seorang bidadari yang paling cantik dalam kalangan bidadari-bidadari yang lain (bermaksud mata yang di redhai). Suatu pagi (dalam bulan puasa) ketika nabi memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan sahabat
untuk berjihad/berdakwah untuk agama Allah) katanya siapa-siapa yang keluar di jalan Allah tiba-tiba ia syahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik dalam kalangan bidadari2 syurga. Mendengar berita itu seorang sahabat yang usianya muda teringin sangat hendak tahu bagaimana cantiknya bidadari tersebut,
tetapi di sebabkan sahabat ini malu hendak bertanyakan kepada nabi saw,kerana malu kepada sahabat-sahabat yang lain. Namun dia tetap memberi nama sebagai salah sorang yang akan keluar di jalan Allah. Sebelum Zohor sunnah nabi akan tidur sebentar
(dipanggil khailulah, maka sahabat yang muda tadi juga turut bersama jemaah yang hendak berangkat tadi tidur bersama-sama sekejap.Tiba-tiba dalam tidur sahabat tersebut dia bermimpi berada di satu tempat yang sungguh indah, dia bertemu dengan seorang yang berpakaian yang bersih lagi cantik dan muka yang berseri2,lalu di tanya sahabat ini ,di manakah beliau berada,lalu ada suara yang menjawab,inilah syurga,tiba2 dia menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan 'Ainul Mardhiah (bidadari yang Nabi saw bagitahu tadi),lalu ditunjuknya di suatu arah maka berjalanlah sahabat ini, disuatu pepohon beliau mendapati ada seorang wanita yang tak
pernah dia lihat kecantikan yang sebegitu,tak pernah dilihat didunia ini,lalu diberikan salam dan sahabat ini bertanya, andakah ini Ainul Mardhiah,wanita itu menjawab ehh tidakk(lebih kurang macam tu la dalam bahasa kita),saya penjaganya,Ainul Mardhiah ada di dalam singgahsana di sana.

Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda daripada yang pertama tadi di lihatnya, sedang mengelap permata-mata perhiasan di dalam mahligai,lalu diberi salam dan di tanya lagi adakah ini Ainul Mardiah lalu wanita itu menjawab,eh tidak, saya hanya penjagaya di dalam mahligai ini,Ainul Mardiah ada di atas mahligai sana, lalu dinaikinya anak-anak tangga mahligai permata itu, kecantikkannya sungguh mengkagumkan,lalu sahabat ini sampai ke satu mahligai dan mendapati seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yang pertama dan berganda-ganda catiknya dari yang kedua yang beliau jumpa tadi,dan tidak pernah di lihat di dunia,lalu wanita itu berkata,akulah Ainul Mardhiah, aku diciptakan untuk kamu dan kamu diciptakan untuk aku,bila lelaki itu mendekatinya wanita itu menjawab,nanti kamu belum syahid lagi,tersentak daripada itu pemuda itu pun terjaga dari tidurnya lalu dia menceritakan segala-galanya kepada sahabat lain, namun begitu dia memesan agar jangan menceritakan cerita ini kepada Nabi SAW,tapi sekiranya dia syahid barulah di ceritakan kepada Nabi saw.

Petang itu pemuda itu bersama-sama dengan jemaah yang terdapat Nabi saw di dalamnya telah keluar berperang/berjihad lalu ditakdirkan pemuda tadi telah syahid. Petang tersebut ketika semua jemaah telah pulang ke masjid, di waktu hendak berbuka puasa maka mereka telah menunggu makanan untuk berbuka (tunggu makanan adalah satu sunnah nabi). Maka kawan sahabat yang syahid tadi telah bangun dan merapati nabi saw dan menceritakan perihal mimpi pemuda yang syahid tadi.

Sahabat pemuda yang syahid tadi,dalam menceritakan kepada nabi saw,Nabi saw menjawab benar,benar,benar sepanjang cerita tersebut. Akhirnya nabi SAW berkata memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di syurga..

saya kongsi dari blog..http://wirapendang.blogspot.com/2009/04/kisah-sejarah-ainul-mardhiah-

Selasa, 29 Mac 2011

IBU & ADIK2....SAYANG KAMU SEMUA..

Oh ibu...ibu yang telah membesarkan kami adik-beradik tanpa seorang suami disisi...
seorang yang tabah hadapi dugaan hidup membesarkan kami.....sayang ibu......
ku doakan agar dirimu sentiasa dirahmati oleh ALLAH SWT..terima kasih atas segalanya...engkau lah ratu hati kami....

*Buat NORHASNIYAH..nanti akk masukkan gmbar nor yer...x de dlm simpanan...

Khamis, 17 Mac 2011

PERSANDINGAN ADIK IPAR KUSAYANG..

Selamat pengantin baru adik iparku sayang...azliza & suhairi...moga bahagia ke akhir hayat...semoga dipermudahkan rezeki....dipercepatkan mendapat zuriat yg soleh & solehah....

Kami doakan semoga tabah hadapi liku2 kehidupan berumahtangga...foto ni diedit oleh adik ipar saya juga...Mohd Fauzi.....terima kasih.......

Jumaat, 25 Februari 2011



Antara koleksi cloth diaper Amiruddin..tak banyak pun..setakat ni hanya ade 7 pcs jer dari jenama Coolababy & 1pcs jenama QQbaby ..ianya mampu dimiliki oleh semua ibu2 krn harga serendah RM30/pcs..setakat ini saya tak beli banyak sebab saya bawa amiruddin ke tandas je..nak ajar gunakan tandas..umur pun dah 2thn lebih..dah bley cakap nak itu nak ini..hehe...

CD diatas telah saya setting siap2 jadikan saiz amiruddin..maklumlah..amiruddin berbadan kecik je...ia juga bergantung pd jenama2 CD yg dibeli..jika anak anda berbadan besar,bley la setting kat butang tu jer..bergantung tubuh badan anak masing2..

Selasa, 22 Februari 2011

BAGAIMANA MENGGUNAKAN CD....

LANGKAH 1..... buka poket diaper&insert mcm ni..

LANGKAH 2....poket diaper utk masukkan insert

LANGKAH 3... masukkan insert ke dlm poket diaper

LANGKAH 4... butangkan ikut saiz yang dikehendaki

LANGKAH 5... dah siap dibutangkan

Diatas adalah langkah2 utk menggunakan CD…saya kongsi kan pd ibu@mama yg baru nak bermula menggunakan CD ini,ni hasil tangan kakak mardhiah..kakak jd model ye … ini boleh dijadikan 3 saiz yg bersesuian utk bayi ibu@mama semua..boleh dijadikan saiz S,M & L… saya hanya setting dekat butang jer…cutting badan amiruddin kecik je…saiz M…dulu saya guna pampers saiz L utk amruddin,beza jugak ye saiznye dgn CD..so,kena la betul2 ikut saiz anak masing2…mengikut keselesaan..bila saya lihat amiruddin ceria saya pakaikan CD untuknya, hati saya pun gembira..
KENAPA PERLU GUNAKAN CLOTH DIAPER?

Saya ingin berkongsi info kenapa saya perlu menggunakan cloth diaper utk si manja yang tersayang…mula2 saya mahu gunakan CD sebab mahu penjimatan..maklumlah saya seorang surirumah sepenuh masa… rasa membazirnya wang yg digunakan utk membeli pampers pakai buang tp dibuang begitu saje…terdetik dihati bila saya niat&nekad utk beralih arah pada CD…suami tersayang bersetuju..

1>>>Guna material kain semulajadi (cotton). Cotton merupakan jenis kain yg paling semulajadi utk diletakkan pada kulit bayi. Tiada gel atau bahan kimia lain.
Tahu kah anda bgmana Disposable Diaper bekerja? Tahu tak apa yg ada di dlmnya? Tentulah kita tidak tahu, sbb takde bhn2 ramuan tertulis pada pembungkusnya. Ok, cuba ini ; potong diaper itu kpd 2 bhgn. Tuangkan air pada 1 bhgn dan lihat apa yg berlaku. Terdapat kristal2 kecil yg akan bertindak balas dan berubah kpd bentuk gel setelah ia terkena pd air tadi. Gel ni akan menyimpan air kencing dan juga menyerap segala lembapan semulajadi pd kulit baby. Akibat drnye, kulit baby kena ruam/kerengsaan kulit.

Ape kandungan utk hasilkan DD?? Lihat lah fakta yang menakutkan ini:
* Dioxin - bahan yg terhasil dari proses pelunturan. Kertas yang digunakan bagi menghasilkan lampin pakai buang perlu dilunturkan supaya nampak putih dan bersih. Dioksin merupakan toksin bersifat karsinogen (menyebabkan kanser) Penggunaannya telah dilarang dibanyak negara, tetapi tidak termasuk USA
* Sodium polyacrylate - Bahan ini dimasukkan ke dalam lampin pakai buang untuk membuatnya menyerap dengan banyak. Ia akan bertukar kepada gel apabila basah. Ia boleh menyerap 200-300 kali beratnya dalam air, dan membendungnya dalam bentuk gel bergetah. Ia boleh menyebabkan kulit bayi menjadi kemerah-merahan sekiranya lampin lambat ditukar. Dalam kes alahan kronik, ia boleh menyebabkan muntah-muntah, demam serta jangkitan kuman. Gel ini tidak lagi digunakan dalam pembuatan tampon wanita sejak 1995 kerana dikaitkan dengan Toxic Shock Syndrome.
* TRIBUTYL TIN (TBT) - Dilabel sebagai environmental pollutant dan sangat toksik. Ia boleh menganggu sistem hormon dan imunisasi badan.
* CRUDE OIL - Satu cawan penuh 'crude oil' telah digunakan utk menghasilkan satu dispo diaper. Crude oil tu mcm petroleum.

2>>>Alam persekitaran kita terjaga dan terpelihara.
Seorang bayi akan menggunakan sehingga 7,000 disposible diapers atau pun 80 cotton diapers. Satu dispo hanya akan dipakai selama 2 jam atau paling lama 4 jam (ada ke yg lebih lama dari itu???) Bayangkan bahan yg telah digunakan hanya utk membuat bahan yg akan dipakai utk 2 jam atau lebih? Dan pikirkan juga di mana akhirnya dispo itu??
Sehelai lampin pakai buang mengambil masa sehingga 500 tahun untuk mereput dengan sendirinya. Bayangkan berapa tahun semua DD yang anak kite pakai akan lupus dr permukaan bumi ini? Ingat, bumi ini bukan diwarisi dari nenek moyang kita. Tapi dipinjam dari anak cucu kita.

3>>> Kurangnya ruam dan gatal.
Sebabnya takde lagi berlaku tindak balas bhn kimia terhadap kulit baby. Lebih lama dispo dipakai, lebih senang ruam gatal berlaku!! Perkara ini jarang berlaku apabila menggunakan CD sbbnya bila dah basah, baby pun rasa tak selesa lagi..Kena tukar CD baru.

4>>> Senang utk digunakan.
*Betul!! Lampin dulu ye la,nak kena ada pin, seluar getah, masa utk lipat kain lampin tu. Tapi skrg, rekaan baru dan moden yg sgt memudahkan dan menyenangkan. Tahap serapan pun lebih baik dan setanding DD!! Sangat mudah dibasuh dan mudah kering kerana ia di perbuat dari kain yang ringan, lembut, selesa dan mempunyai pengudaraan yang baik untuk kulit baby.

5>>> Anak kita akan cepat belajar buang air sendiri..
*mereka boleh merasakan kebasahan pada diaper apabila ia sampai ke tahap 'maksima'. Baby yang menggunakan CD juga akan lebih cepat membezakan antara basah dan kering kerana walau pun bahagian dalam CD (fleece) ini sentiasa kering dan selesa, masih ada kedinginan semulajadi berbanding DD. Menurut satu artikel di dalam Wall Street Journal, bayi yang memakai DD memakai lampin sehingga umur 36 hingga 42 bulan (3-4tahun), sedangkan bayi yang memakai CD masanya lebih singkat iaitu sehingga setahun lebih awal. Ini sangat menjimatkan kerana anak kite akan cepat belajar membuang air sendiri di tandas.

6>>> Laporan dari German dan England mengatakan bhw terdapat hubungkait di antara penggunaan dispo dgn kesuburan pada budak lelaki (bilangan sperma berkurangan)

7>>> DD juga dikaitkan dengan Asma (lelah).

8>>> Kain lampin sangat menjimatkan!!
Anda akan berjimat sehingga RM3500 apabila menggunakan Cloth diapers. Mmgla masa bayi baru lahir, dispo sgt murah (taktik pengeluar DD menarik perhatian anda), tapi ia akan bertambah mahal apabila anak kita membesar.

9>>> Penggunaan DD merupakan kos berterusan dan sangat mahal, lebih-lebih lagi bagi keluarga yang mempunyai lebih dari seorang anak kecil yang memakai lampin.

Kos bagi lampin pakai buang
Anak anda menggunakan 7 lampin pakai-buang sehari pada kos RM0.60 setiap satu (minimum)
RM0.60 X 7 =RM4.20 sehari
RM4.20 X 365 hari = RM1,533 setahun
RM1,533 X 3 tahun = RM4,599 (untuk 3 tahun)

Kos menggunakan lampin kain moden
Untuk kemudahan anda, anda perlu menggunakan sekurang-kurangnya 12 helai, jika anda ingin mencucinya setiap hari:
Sehelai lampin : RM29 (bergantung kpd jenama CD yg dibeli)
Beli 12 helai: 12 X RM29 = RM348
Beli 24 helai: 24 X RM29 = RM576 (lebih banyak lampin, lebih tahan lama kerana lambat lusuh)
Kos kekal sepanjang 3 tahun & boleh menggunakan lampin yang sama sekiranya ingin menambah keluarga.
Anda Jimat
Kos lampin pakai buang – Kos lampin kain moden
RM4,599 – RM576 = RM4,023
Jadual penggunaan Cloth Diapers.. ini sebagai panduan sahaja…sesuai utk baby 2 bulan keatas…
7.oo pg - 10.oo pg >>> 1cd poket + 1 insert
10.oo pg - 1.oo ptg >>> 1cd poket + 1 insert
1.oo ptg – 4.oo ptg >>> 1cd poket + 1 insert
4.oo ptg – 7.oo mlm >>> 1cd poket + 1 insert
7.oo mlm – 12 t/mlm >>> 1cd poket + 2 insert
12.oo mlm – 7.oo pg >>> 1cd poket + 2 insert

Jadi jumlah penggunaan dlm sehari 6 cd poket + 8 insert...

Isnin, 21 Februari 2011

CARA-CARA PENJAGAAN CLOTH DIAPER

Sebaik sahaja menerima CD :

1. Lakukan Pre Wash sekurang²nya 3 kali dengan air suam tanpa sabun. Ianya adalah untuk menghilangkan kotoran dari kilang dan meningkatkan daya serapan basahan. Harus di ingat semakin banyak anda basuh, semakin baik daya serapan CD anda, dan ini boleh elakkan kebocoran. Jika anda baru gunakan CD, jgn panik jika adanya kebocoran…mungkin daya serapan tidak begitu baik lagi. Teruskan guna CD anda, Insya Allah bila dah byk kali basuh, prestasi CD anda akan bertambah baik.

2. Selepas pemakaian CD, bilas CD dgn air yang byk. PooPoo blh di flush dalam toilet bowl…pancut dgn air yang deras…biasanya kesan kekuningan akan kelihatan atas CD…jgn risau…basuh macam biasa samada menggunakan tangan atau mesin basuh. Boleh juga rendam dulu CD yg kena PooPoo terlebih dahulu, kemudian basuh bersama² CD yang lain. Kesan kekuningan akan hilang jika anda jemur dibawah sinaran matahari.

3. Basuh CD anda hanya menggunakan kuantiti sabun yang sedikit (1/4 daripada sukatan biasa). Lebih elok guna sabun jenis yang kurang buih, tidak mengandungi enzyme (pewangi atau pemutih). Kalau anda tidak tahu mana satu…guna je sabun Pureen Had,Top biru,Kuat Harimau oren,Kiddie Wash(Cosway)

4. Jika anda menggunakan mesin basuh, seeloknya CD dibasuh menggunakan washing net/laundry net. Net ni blh didapati di kebanyakan pasaraya seperti The Store…ada pelbagai saiz…pilih ikut kesesuaian.

5. Jangan sesekali guna peluntur atau softener kerana ia boleh merosakkan CD dan mengurangkan daya serapan.

6. Anda boleh menggunakan cecair basuh pinggan (contohnya ‘Sunlight’) pada ‘microfleece’ untuk menanggalkan warna kekuningan (kesan poo-poo) sekiranya ada. Andaikata cloth diaper tidak sempat dibasuh terus, tinggalkan saja di dalam baldi kering tanpa perlu direndam dan boleh dibasuh kemudian. Simpan tidak boleh lebih dari 3 hari.

7. Sekiranya anda sudah lama menggunakan CD dan insert nampak kekuningan, anda boleh la perahkan limau nipis pada insert yg basah dn tinggalkan sekejap sblm dibasuh. Ataupun anda blh juga campurkan sket soda bicarbonate semasa sesi basuhan kemudian blhla dibilas dgn air yg telah dicampurkan dgn sedikit cuka. AMARAN jgn sesekali buat camni kt CD kerana ia blh merosakkan CD bhgn luar yg berwarna-warni (PUL)…CD anda kemungkinan akan bocor.

8. Sebulan atau seminggu sekali atau bila CD dh hilang daya serapan, lakukan ‘stripping’ untuk untuk membersihkan CD dari kekotoran halus dan mendapan sabun yg terkumpul kt bhgn luar dn dlm ‘microfleece’ dgn sabun pencuci pinggan, contohnya "Sunlight’, kemudian blh la dibilas dgn sebersih2nya supaya ‘microfleece’ dpt berfungsi dgn baik semula.

KENALI CLOTH DIAPERS


Disini saya perkenalkan ape itu CLOTH DIAPER@CD….

1. APA ITU CD >>>cloth diaper/ lampin kain moden. Terdiri daripada Pocket Diaper & Insert …Ianya bukan satu perkara baru..kita dh mengenali lampin ni sejak ibu atau emak pakaikan pd kita sejak dulu2 lg..Cuma CD ni dah di upgrade dari segi fizikal…fungsinya tetap sama..

2. POCKET DIAPER >>>Lampin kain yg mempunyai poket untuk memasukkan insert/ soaker mengikut keperluan bayi. Terdiri dari 2 item, Outer Cover : PUL dan Inner Cover : Microfleece / Suede..saya gunakan utk amiruddin dr jenama Coolababy..

3. PUL >>> Singkatan daripada polyurethane laminate, sejenis fabrik yg digunakan sebagai lapisan paling luar (outer layer) dan bersifat kalis air untuk menghalang kebasahan dari dalam menembusi luar lampin.

4. FLEECE >>> Sejenis fabrik yg tebal, gebu dan lembut terletak di antara kulit bayi dan insert/ soaker. Fabrik ini membuatkan bayi rasa kering dan selesa.

5. INSERT/SOAKER >>> Penyerap kebasahan yg biasanya diperbuat drpd fabrik microfiber, digunakan bersama pocket diaper.

6. MICROFIBER >>> Diperbuat daripada 75% polyester 25% polyamide,. Ia memerangkap kelembapan diantara fiber dan menyerap 8x ganda drpd beratnya. Ringan dan nipis, Microfiber kering dengan mudah dan mendapat lebih serapan dengan penggunaan kerap. Elakkan menggunakan microfiber secara terus dgn kulit bayi kerana ia akan mengeringkan kulit bayi.

7. SAIZ >>> satu saiz je sbb saiz boleh diubah sama ada S / M / L dengan menggunakan snap button yg disediakan, boleh dipakai bayi dari lahir hingga 3 thn (3-15kg)….



Khamis, 10 Februari 2011

pertama kali dapat CD bulan lepas..

Assalamualaikum...dah lama tak aktif blog..di sini saya nak kongsi perasaan gembiranya saya bila mendapat kiriman CLOTH DIAPER@lampin moden drpd seorang kwn baik saya bulan lepas...mula2 saya beli 3pcs je..tak sabar rasanya utk dipakaikan utk buah hati tersayang..Muhammad Amiruddin..anak sulung saya yg dicintai Ainul Mardhiah skrg berumur 5thn tak pakai pampers sejak umur 2thn lg..bagusnya anak ummi.sedar tak sedar rupanya sudah sebulan saya gunakan CD ini utk anak kesayangan Amiruddin.3pcs CD tak mencukupi utk gunaan harian,saya beli lg CD supaya tdk lah saya basuh CD sama jer..kualiti pn terjaga bila ader banyak CD digunakan.Mana tau ade rezeki dpt anak lg utk masa2 akan datang ni.,InsyaAllah...

Alhamdulillah saya rasa jimatnya guna Cd ni..Terasa ruginya ummi tdk pakaikan utk kakak mardhiah dulu..tp dulu kemudahan internet masih lum sampai pd ummi..skrg dah "up" sikit..hehe...takpe la kakak..takde rezeki kakak...guna pd adik amiruddin je..saya ingin perkenalkan kpd kawan2 yg masih belum mengenali ape itu cloth diaper...rupanya masih ramai kawan2 yg tidak mengenali lampin moden ini..saya kenal lampin ni pun melalui internet..alhamdulillah ader yg berminat…

Banyak yg saya belaja dari hari ke hari melalui blog2&info kawan2 mengenai lampin moden ni.semuanya dlm internet..mcm2 ader...skrg saya nak kongsi info ini pada kawan2 yg masih belum kenal CD ni..nanti saya update blog ini mengenai apa itu cloth diapers..

Jumaat, 13 Ogos 2010

MANA MILIK KITA?

Mana milik kita?Tidak ada yang milik kita..

Semua yang ada Allah yang punya..Tidak ada yang kita punya..
Kita hanya menguasahakan saja..
Apa yang kita dapat Allah sudah sediakannya..
Kita Allah yang punya..Bumi langit ciptaanNya..
Miliklah apa saja.. Tidak terlepas dari ciptaanNya..

Mana kita punya..Tidak ada kepunyaan kita..
Kita hanya mengusahakan..
Apa yang telah ada mengapa kita sombong?
Milik Allah yang punya
Mengapa tidak malu kepada Allah yang empunya
Patut bersyukur kepada Allah
yang memberi segalanya..

Malulah kepada Allah kerna milik ia punya..

Janganlah berbangga...apa yang ada pada kita..
kalau Allah tidak beri,kita tidak punya apa-apa..
Janganlah mengungkit jasa kita...
Jasa kita disisinya yang sebenarnya..Allah punya

Marilah kita bersyukur, bukan kita berbangga..

Bersyukur kepada Allah..
Bukan mengungkit jasa..
Gunakanlah nikmat Allah itu
untuk khidmat kepadaNya...
Selepas itu lupakan saja
Agar tidak mengungkit-ungkit...


Sabtu, 7 Ogos 2010

salam...dh lama x berblog..nk kata busy...ummi mardhiah&amiruddin x keje..tp nape ye?hehe..saje je..x de idea bagus kot..alhamdulillah abi. mardhiah&amir smuanya sihat hari ini walaupun masing2 baru je sihat...dah banyak hari demam...walaupun kat luar rumah panas sedikit..kesian anak-anak ummi nak main kat halaman rumah x dapat kan?maafkan ummi sayang...kamu baru je baik demam...terutama amiruddin..risau sgt bila demam...merengek teruk sgt..tak macam kakak mardhiah kan?takpe..yg penting,ummi sayang kamu semua...

Selasa, 6 Julai 2010

HARI INI....

SALAM...alhamdulillah..hari ini dh register blog sendiri atas pertolongan kawan karibku sayang ct rafeah...baru nak belajar buat..nasibla ada kawanku ini walaupun belajar dgn ct melalui sms&chatting je...CT adalah kawan sekolah rendah,menengah sehingga sekarang.dah lama kami tak jumpa.kalau berhubungpun melalui sms&facebook je.Tahun ni sekali je borak dgn ct melalui telefon.banyak lagi yang perlu ku belajar..dari hari ke hari minggu ke minggu mencuba..hari ini ummi berjaya walaupun tidak sehebat mereka yang sudah lama meggunakan blog..anak2 pun kadang buat hal masing2 tengok ummi kusyuk je dgn laptop..sesudah anak2 bersarapan,selesai kerja rumah barulah on9..jika tak buat semua tu alamaknya..tak siapla.